Prinsip perlindungan data peribadi yang perlu anda ketahui.



Data peribadi bermaksud sebarang maklumat yang digunakan dalam transaksi komersial yang berhubung secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang yang dikenal pasti daripada
maklumat tersebut.





Data tersebut boleh direkodkan sama ada secara manual atau elektronik meliputi perkara-perkara objektif dan juga subjektif tanpa mengira sumber maklumat itu diperolehi meliputi maklumat asas.

Antara contoh “data peribadi” adalah seperti berikut:
* Nama dan alamat
* Nombor kad pengenalan
* Nombor pasport
* Maklumat kesihatan
* E-mail
* Gambar
* Imej dalam rakaman litar tertutup (CCTV)
* Maklumat dalam fail peribadi
* Butiran akaun bank
* Butiran kad kredit
* Maklumat kesihatan (sensitif) contohnya, penjenisan darah, rekod atau huraian kesihatan sehinggalah ke maklumat-maklumat sensitif seperti kepercayaan politik, kepercayaan agama, keadaan fizikal atau mental atau apa-apa informasi lain yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) dari semasa ke semasa.







Berikut adalah Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang wajip dipatuhi di bawah seksyen 5 (1) demi menjaga keutuhan data peribadi:

1. Prinsip Am
Anda harus memberi persetujuan untuk menggunakan data peribadi anda.
Seseorang pengguna atau organisasi tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang yang lain tanpa kebenaran pemilik data. Pengertian proses di sini bermaksud mengendalikan data melalui cara atau kaedah automatis atau pengkomputeran atau apa-apa proses lain.
2. Prinsip Notis dan Pilihan
Anda harus dimaklumkan akan tujuan beserta had penggunaan data peribadi yang telah diberikan.
3. Prinsip Penzahiran
Ketahui bahawa syarikat tidak boleh menggunakan data anda bahi tujuan lain selain daripada yang dibenarkan sahaja.
4. Prinsip Keselamatan.
Organisasi harus memastikan data peribadi disimpan dalam keadaan selamat dan terjamin.
5. Prinsip Penyimpanan.
Sesuatu data peribadi itu tidak dibenarkan disimpan dalam sesuatu pemprosesan lebih daripada had masa yang diperlukan.
6. Prinsip Integritu Data
Organisasi bertanggungjawap dalam memastikan data peribadi tersebut betul dan tepat.
7. Prinsip Akses
Individu hendaklah diberikan hak untuk mengakses data peribadinya dan dibenarkan untuk mengemas kini datanya.



Orang ramai boleh mengemukakan sebarang aduan yang berkaitan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (seksyen 709) sekiranya mengesyaki sebuah organisasi atau seseorang telah melanggar salah satu daripada 7 prisip Perlindungan Data Peribadi.



Berikut adalah amalan yang disarankan kepada pengadu, iaitu apabila akta ini telah berkuatkuasa:
1. Pengadu perlu membuat aduab ada memohon penjelasan daripada organisasi yang terlibat terlebih dahulu.
2. Sekiranya pengadu masi tidak berpuas hati dengan jawapan dan tindakan yang diambil oleh organisasi berkenaan, maka pengadu bolehlah terus mebuat aduan kepada pihak Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) melalui alamat aduan yang disertakan bagi membolehkan penyiasatan dijalankan.
3. Sekiranya pengadu masih terkilan dengan keputusan Pesuruhjaya berhubung perkara tersebut, maka pengadu bolehlah merayu kepada Tribunal Rayuan dengan memfailkan suatu notis rayuan dengan Tribunal Rayuan.



Butir-butir yang diperlukan untuk membuat aduan:

a. Nama organisasi atau individu yang anda ingin adukan.
b. Menerangkan sebab kebimbangan anda.
c. Memberi butir-butir tindak balas yang anda terima daripada organisasi yang disyaki punca kebocoran maklumat.
d. Menyediakan salinan apa-apa surat atau e-mail mengenai perbincangan anda dengan organisasi atau individu berkenaan.



Aduan awam: aduan@pdp.gov.my


Comments

Popular posts from this blog

China Menyalurkan Bantuan Kepada Malaysia

A Quiet Place 2’ Release Postpone Due To Coronavirus Outbreak