Penyebab Infeksi Buah Pinggang (Ginjal)

Infeksi sekitar air kecing adalah disebabkan oleh kuman-kuman(bakteria). Kuman-kuman itu masuk melalui mulut saluran fencing yang terletak di depan vagina. Saluran kencing bahagian bawah wanita lebih pendek daripada saluran kencing lelaki. Kerana itu perempuan lebih mudah dijangkiti

Kuman-kuman masuk ke tubuh anda atau mulai berkembang biak bila anda;

a. Berhubungan seks

Selama hubungan seks berlaku, kuman-kuman dari vagina atau dubur akan naik melalui mulut saluran kencing, masuk ke saluran yang mengarah ke pundi kencing. Ini salah satu sebab terjadinya infeksi pundi kencing.


b. Tidak minum sama sekali di waktu yang lama

Lebih parag jika anda bekerja di luar rumah dalam udara panas yang banyak mengeluarkan peluh, dalam pundi kencing yang kosong kuman akan cepat berkembang biak. Usahakan minum air putih paling sedikit 8 gelas sehari.

c. Menahan kencing terlalu lama.

Jika anda berjalan jauh dan tiada kemudahan untuk membuang air kecil. Kuman -kuman yang lama dalam sistem urine akan menyebabkan infeksi, Usahakan membuang air kecil tiga atau empat jam sekali.

d. Kebersihan alat kelamin tidak dijaga.

lKuman-kuman dari daerah punggung khususnya dari dubur boleh menyebabkan jangkitan penyakit bila masuk ke saluran kencing. Cuci bersih setiap kali anda membuang air besar, dengan membersihkan dubur dari depan ke belakang.

Jaga kebersihan semasa haid, sentiasa mengantikan pembalut yang kotor dengan yang bersih. Usahankan mengantikan pembalut 4 jam sekali.

Comments

Popular posts from this blog

China Menyalurkan Bantuan Kepada Malaysia

A Quiet Place 2’ Release Postpone Due To Coronavirus Outbreak