Posts

Showing posts from May, 2020

Jangan Curi-Curi balik kampung

Kepada mereka yang merancang untuk 'curi-curi' melakukan perjalanan merentas negeri untuk balik kampung, ini pesanan tulus ikhlas daripada KKM (rujuk infografik). Bagi mereka yang mendapat kebenaran PDRM untuk merentas negeri, jangan alpa. Patuhi SOP demi keselamatan diri dan keluarga. Larangan merentas negeri ini bukan mahu menyusahkan kita tapi untuk keselamatan dan kesihatan semua. Kehidupan seharian kita tidak lagi sama seperti sebelum ini. Ini hakikat yang kita semua perlu terima. Tradisi balik kampung untuk menyambut Aidilfitri setiap tahun yang telah menjadi sebahagian budaya masyarakat Malaysia tidak dapat diteruskan tahun ini. Kita sedang berhadapan musuh senyap dan tidak kelihatan. Ini adalah realiti kehidupan yang kita perlu tempuhi sekarang. Tiada pilihan lain. Patuhi nasihat dan bantuan yang telah diberikan kerajaan. Menjaga kesihatan diri adalah tanggungjawab diri sendiri.

WASPADA IMPAK NEGATIF PERGERAKAN MERENTAS NEGERI TERHADAP SITUASI PENULARAN COVID-19

WASPADA IMPAK NEGATIF PERGERAKAN MERENTAS NEGERI TERHADAP SITUASI PENULARAN COVID-19 KKM khuatir melihat pengingkatan pergerakan dan perjalanan individu merentas negeri, terutamanya menjelang perayaan yang bakal tiba. Seperti yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), pemeriksaan yang telah dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 15 Mei 2020 mendapati bahawa sebanyak 508 kenderaan telah cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung. Jumlah ini telah meningkat pada 16 Mei 2020, iaitu kepada 1,248 kenderaan yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung. Mereka telah diarah berpatah balik oleh PDRM. KKM menghargai usaha dan berterima kasih atas tindakan penguatkuasaan oleh pihak PDRM bagi memastikan pematuhan masyarakat kepada syarat-syarat PKPB terus kekal tinggi. Ini penting supaya orang ramai tidak menyalahgunakan kelonggaran yang telah diberikan oleh Kerajaan. Sehingga 17 Mei 2020, sebanyak 971 kes positif COVI