Posts

Showing posts from June, 2020

Petua Gastrik

13 PETUA HILANGKAN GASTRIK TANPA UBAT YANG TERBUKTI BERKESAN Gastrik sangat menyakitkan dan boleh mengganggu urusan seharian anda. Lebih-lebih lagi kalau terkena sewaktu sedang berpuasa. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan 13 petua hilangkan gastrik tanpa ubat yang terbukti berkesan. 1. Air nasi Air nasi mempunyai bahan yang mampu untuk membuat satu lapisan pada dinding perut anda dan ini dapat membantu untuk mengurangkan kesakitan akibat gastrik. Untuk amalkan petua ini, masak nasi seperti biasa tetapi tambahkan kandungan airnya, seperti anda ingin membuat bubur. Apabila nasi sudah masak tetapi air nasinya masih ada, ambil air tersebut, tunggu sehingga sejuk atau suam, dan minum. 2. Air limau panas Air limau panas boleh melegakan sakit perut disebabkan makanan tidak dicerna di dalam perut dengan betul. Air limau panas akan menggalakkan penghasilan asid hidroklorik dalam badan untuk mencerna makanan di dalam perut dan dapat melancarkan proses penghadaman, sekali

Jawatan Kosong SPA8

IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM ============================================= JABATAN  PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (JPA) DAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) (SABAH DAN SARAWAK) SPM/SKM/SIJIL PERDAGANGAN MALAYSIA (KUMPULAN PELAKSANA) JAWATAN    : PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19 Tarikh tutup permohonan : 21 Jun 2020 (Ahad)  jam 11.59 malam Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA8i di bawah : https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Apa itu Buasir

Image
Apa itu buasir? Mengapa buasir terjadi? Perlukah saya berjumpa dengan doktor? Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza. Buasir dalaman Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam. Buasir luaran Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur (lihat gambar 1). Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza.

Buasir dan Rawatan

Buasir dan rawatannya. Antara malu dan mahu. Buasir merupakan masalah kesihatan yang agak biasa terjadi, namun disebabkan perasaan malu, penghidap buasir jarang menceritakannya. Apakah itu buasir? Buasir atau dikenali juga sebagai hemorrhoids terjadi apabila salur darah yang berdekatan dengan dubur menjadi bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua kategori bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Antara gejala buasir yang biasa dialami oleh pesakit adalah lendir yang mengalir daripada buasir, bengkak, gatal, berdarah atau sakit semasa membuang air besar, ketidakselesaan serta panas atau pedih pada dubur. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kejadian buasir. Pada awalnya, pengkaji merumuskan tabiat, sikap, adat, kehidupan sedentari dapat mempengaruhi kejadian buasir. Hasil kajian terkemudian mendapati kelemahan graviti pada dinding pembuluh darah, kehamilan, sembelit, duduk lama di dalam tandas, pengaruh genetik dan meneran semasa membu