Bantuan Prihatin Nasional: Jumlah Bantuan & Tarikh Pembayaran
PM baru sahaja mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional dalam Pakej Ransangan Ekonomi sebentar tadi.
Bantuan
secara one-off ini akan dibayar bermula April dan Mei 2020 melibatkan
peruntukan hampir RM10 bilion.
Bantuan
RM1,600 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan
ke bawah.
RM1,000 akan
dibayar pada April baki RM600 akan dibayar Mei 2020.
Dan buat
pertama kalinya Bantuan Prihatian Nasional turut diberikan kepada
golongan M40 iaitu sebanyak RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah
yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan
RM500 akan
dibayar pada April, baki RM500 dibayar Mei.
Individu
bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan
ke bawah akan dibantu RM800 di bawah skim ini.
Individu
bujang berpendapatan RM2,000 ke atas turut dapat RM500 iaitu RM250
pada April manakala baki pada bulan Mei.
Selain itu,
para pelajar juga akan dapat bantuan RM200 secara one-off yang akan
dibayar pada bulan Mei nanti.
1.Isi
rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40)
2.Isi
rumah berpendatapan RM8,000 ke bawah (M40)
3.Bujang
21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah
4.Bujang
21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas
Comments
Post a Comment