Posts

Showing posts from 2020

Jawatan Kosong baru 14 July 2020

Image
KERAJAAN MALAYSIA telah membuka jawatan kosong di seluruh Malaysia antara jawatan yang ditawarkan ialah:

Petua Gastrik

13 PETUA HILANGKAN GASTRIK TANPA UBAT YANG TERBUKTI BERKESAN Gastrik sangat menyakitkan dan boleh mengganggu urusan seharian anda. Lebih-lebih lagi kalau terkena sewaktu sedang berpuasa. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongsikan 13 petua hilangkan gastrik tanpa ubat yang terbukti berkesan. 1. Air nasi Air nasi mempunyai bahan yang mampu untuk membuat satu lapisan pada dinding perut anda dan ini dapat membantu untuk mengurangkan kesakitan akibat gastrik. Untuk amalkan petua ini, masak nasi seperti biasa tetapi tambahkan kandungan airnya, seperti anda ingin membuat bubur. Apabila nasi sudah masak tetapi air nasinya masih ada, ambil air tersebut, tunggu sehingga sejuk atau suam, dan minum. 2. Air limau panas Air limau panas boleh melegakan sakit perut disebabkan makanan tidak dicerna di dalam perut dengan betul. Air limau panas akan menggalakkan penghasilan asid hidroklorik dalam badan untuk mencerna makanan di dalam perut dan dapat melancarkan proses penghadaman, sekali

Jawatan Kosong SPA8

IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM ============================================= JABATAN  PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA (JPA) DAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) (SABAH DAN SARAWAK) SPM/SKM/SIJIL PERDAGANGAN MALAYSIA (KUMPULAN PELAKSANA) JAWATAN    : PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W19 Tarikh tutup permohonan : 21 Jun 2020 (Ahad)  jam 11.59 malam Untuk memohon, sila klik pautan Borang SPA8i di bawah : https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Apa itu Buasir

Image
Apa itu buasir? Mengapa buasir terjadi? Perlukah saya berjumpa dengan doktor? Buasir adalah salur darah vena yang membesar di bahagian bawah rektum dan dubur. Ia akan membawa masalah apabila ianya menjadi radang atau bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Kedua-dua ini mempunyai simptom dan masalah yang berbeza. Buasir dalaman Merupakan salur darah vena yang bengkak di lapisan dalam rektum. Pesakit akan mengadu terdapat pendarahan selepas membuang najis tanpa kesakitan. Ada juga pesakit yang akan terasa seperti unjuran yang terkeluar dari dubur selepas membuang air besar. Unjuran ini mungkin hilang sendiri atau ada juga yang perlu menolak balik unjuran ini ke dalam. Buasir luaran Merupakan salur darah vena di bahagian bawah kulit luar dari dubur (lihat gambar 1). Pesakit akan mengadu sakit, berdarah, gatal atau bengkak semasa membuang air besar. Kesakitan yang dirasai seseorang itu mungkin berbeza.

Buasir dan Rawatan

Buasir dan rawatannya. Antara malu dan mahu. Buasir merupakan masalah kesihatan yang agak biasa terjadi, namun disebabkan perasaan malu, penghidap buasir jarang menceritakannya. Apakah itu buasir? Buasir atau dikenali juga sebagai hemorrhoids terjadi apabila salur darah yang berdekatan dengan dubur menjadi bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua kategori bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Antara gejala buasir yang biasa dialami oleh pesakit adalah lendir yang mengalir daripada buasir, bengkak, gatal, berdarah atau sakit semasa membuang air besar, ketidakselesaan serta panas atau pedih pada dubur. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kejadian buasir. Pada awalnya, pengkaji merumuskan tabiat, sikap, adat, kehidupan sedentari dapat mempengaruhi kejadian buasir. Hasil kajian terkemudian mendapati kelemahan graviti pada dinding pembuluh darah, kehamilan, sembelit, duduk lama di dalam tandas, pengaruh genetik dan meneran semasa membu

Jangan Curi-Curi balik kampung

Kepada mereka yang merancang untuk 'curi-curi' melakukan perjalanan merentas negeri untuk balik kampung, ini pesanan tulus ikhlas daripada KKM (rujuk infografik). Bagi mereka yang mendapat kebenaran PDRM untuk merentas negeri, jangan alpa. Patuhi SOP demi keselamatan diri dan keluarga. Larangan merentas negeri ini bukan mahu menyusahkan kita tapi untuk keselamatan dan kesihatan semua. Kehidupan seharian kita tidak lagi sama seperti sebelum ini. Ini hakikat yang kita semua perlu terima. Tradisi balik kampung untuk menyambut Aidilfitri setiap tahun yang telah menjadi sebahagian budaya masyarakat Malaysia tidak dapat diteruskan tahun ini. Kita sedang berhadapan musuh senyap dan tidak kelihatan. Ini adalah realiti kehidupan yang kita perlu tempuhi sekarang. Tiada pilihan lain. Patuhi nasihat dan bantuan yang telah diberikan kerajaan. Menjaga kesihatan diri adalah tanggungjawab diri sendiri.

WASPADA IMPAK NEGATIF PERGERAKAN MERENTAS NEGERI TERHADAP SITUASI PENULARAN COVID-19

WASPADA IMPAK NEGATIF PERGERAKAN MERENTAS NEGERI TERHADAP SITUASI PENULARAN COVID-19 KKM khuatir melihat pengingkatan pergerakan dan perjalanan individu merentas negeri, terutamanya menjelang perayaan yang bakal tiba. Seperti yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), pemeriksaan yang telah dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 15 Mei 2020 mendapati bahawa sebanyak 508 kenderaan telah cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung. Jumlah ini telah meningkat pada 16 Mei 2020, iaitu kepada 1,248 kenderaan yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung. Mereka telah diarah berpatah balik oleh PDRM. KKM menghargai usaha dan berterima kasih atas tindakan penguatkuasaan oleh pihak PDRM bagi memastikan pematuhan masyarakat kepada syarat-syarat PKPB terus kekal tinggi. Ini penting supaya orang ramai tidak menyalahgunakan kelonggaran yang telah diberikan oleh Kerajaan. Sehingga 17 Mei 2020, sebanyak 971 kes positif COVI

1918 flu pandemic, not wearing a mask was illegal

When the novel coronavirus pandemic hit Asia, people across the region were quick to wear masks. Adoption has been far slower in the West, however, with England's Chief Medical Officer Chris Whitty among a number of leading health officials to say that wearing them is unnecessary. Yet wearing masks in public hasn't always been an Asian proclivity. It certainly wasn't during the influenza pandemic of 1918, which lasted from January of that year to December 1920, and infected a third of the world's population, or about 500 million people, leading to about 50 million deaths -- about half a million of which were in the United States. Back then, it was the US that led the world in mask wearing, with the measure becoming mandatory there for the first time. History repeated in California:  After San Francisco made masks mandatory in public in October 1918, an awareness campaign began. The campaign worked and other Californian cities followed suit, including Santa Cr

Adakah anda Tahu?? (Hathor/Hut Heru)

Image
Hathor  atau juga dikenali sebagai  Hut Heru , merupakan dewi keriangan dan langit dengan banyak peranan. Oleh kerana dia seorang dewi langit, Hathor ialah bonda dan juga isteri kepada Horus dan Ra. Kedua-dua dewa ini mempunyai peranan sebagai raja, jadi Hathor juga ialah bonda simbolik kepada para firaun. Hathor juga merupakan salah satu daripada empat dewi lain dalam jelmaan mata Ra (suatu jelmaan dengan semua sifat kewanitaan Ra), dan dalam jelmaan ini Hathor mempunyai sifat dendam demi mempertahankan Ra daripada musuh-musuhnya. Sifat pengasihnya pula menjadi dewi muzik, tari-menari, cinta, keghairahan dan keibuan, dan Hathor menjadi isteri kepada beberapa dewa dan ibu kepada anak-anak mereka. Dua sifat ini merupakan contoh terhadap sifat kewanitaan dalam budaya Mesir purba. Hathor juga dapat merentas antara alam tanah dan alam baqa, untuk membantu roh-roh si mati untuk tiba ke akhirat. Hathor juga digambarkan dengan lembu, untuk melambangkan sifat lemah lembut dan firdausiny

China Menyalurkan Bantuan Kepada Malaysia

Image
Terima kasih China. Satu majlis penyerahan bekalan perubatan yang sangat diperlukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini telah di adakan sebentar tadi. TYT Bai Tian, Duta Besar China ke Malaysia menyampaikan bekalan perubatan kepada Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan disaksikan oleh KP KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Rakyat India Menyerang Polis

Image
Rakyat India Keluar Rumah Beramai-ramai & Menyerang Polis Akibat rasa tidak puas hati dirotan oleh polis ketika berada di luar rumah, rakyat India keluar rumah beramai-ramai menyerang kereta polis dan membaling batu ke arah mereka. Sikap rakyat yang menjadi agresif ni hanya memakan diri sendiri apabila Corona Virus tidak dapat dibendung lagi kelak. Berikut merupakan video rakyat India yang tiba-tiba menjadi agresif

Artis Merayu Bantuan Khas Daripada Kerajaan Malaysia.

Lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini turut menjejaskan ‘periuk nasi’ penggiat seni tempatan, kata penyanyi, Black Hanifah. Mengaku rakyat pelbagai peringkat sama terjejas, Black atau nama sebenar, Mohd Hanifah Md Hanafiah berharap kerajaan tidak meminggirkan kumpulan penggiat seni dengan memberi bantuan khusus. “Saya berharap kerajaan dapat membantu kami, golongan selebriti tanah air yang selama ini banyak membantu negara. “Saya berharap kami diberi pertolongan seperti apa yang diperoleh orang awam supaya beban ditanggung dapat dikurangkan sedikit. “Kami juga perlu membayar bil dan menanggung perbelanjaan harian. Memang apa yang dipaparkan di media sosial tampak seperti kami berduit. Namun, apabila dalam situasi begini, kami tiada kerja untuk beroleh pendapatan. “Persembahan dan aktiviti seni semua dibatalkan atau ditunda. Seperti saya, pada bulan ini sahaja, program televisyen (TV), konsert dan pelbagai lagi, semuanya ditangguhk

Hand Sanitizers Yang Tidak Diluluskan KKM

Image
MAKLUMAN PRODUK YANG TIDAK DILULUSKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)  – HAND SANITIZER BIDARA RUQYAH AL-AMIN AL-BAGHDADI Orang awam dinasihatkan untuk TIDAK membeli dan menggunakan produk HAND SANITIZER BIDARA RUQYAH AL-AMIN AL-BAGHDADI yang didapati tidak diluluskan oleh  KKM. Semua produk hand sanitizer perlu dirujuk dengan KKM sebelum dipasarkan di Malaysia untuk memastikan ianya berkualiti dan selamat digunakan. Penjualan produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi adalah merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya. Iklan produk dengan tuntutan perubatan tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat merupakan satu perlanggaran di bawah Seksyen 4B, Akta Ubat (Iklan & Penjualan 1956).  Hukuman jika sabit kesal

Bantuan Prihatin Nasional: Jumlah Bantuan & Tarikh Pembayaran

Image
PM baru sahaja mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional dalam Pakej Ransangan Ekonomi sebentar tadi. Bantuan secara one-off ini akan dibayar bermula April dan Mei 2020 melibatkan peruntukan hampir RM10 bilion. Bantuan RM1,600 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah. RM1,000 akan dibayar pada April baki RM600 akan dibayar Mei 2020. Dan buat pertama kalinya Bantuan Prihatian Nasional turut diberikan kepada golongan M40 iaitu sebanyak RM1,000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan RM500 akan dibayar pada April, baki RM500 dibayar Mei. Individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan dibantu RM800 di bawah skim ini. Individu bujang berpendapatan RM2,000 ke atas turut dapat RM500 iaitu RM250 pada April manakala baki pada bulan Mei. Selain itu, para pelajar juga akan dapat bantuan RM200 secara one-off yang akan dibayar pada bulan Mei nanti. 1.

Tawaran Tajaan Biasiswa Yayasan sabah 2020

Image
Yayasan Sabah menawarkan tawaran tajaan biasiswa bagi pelajar yang layak, antara jenis tajaan yang ditawarkan seperti berikut:

Covid-19: Mencatatkan Dua kes Kematian

Image
TERKINI: 17 Mac. 120 lagi kes baru dilaporkan di Malaysia menjadikan 673 kes. 95 daripada kes baru itu berkait dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling. Manakala 7 lagi pesakit telah sembuh menjadikan 49 setakat ini. Dua (2) kematian #COVIDー19 iaitu kes ke-178 dan kes ke-358 dilaporkan di CPRC, hari ini, 17 Mac. 1. Kes ke-178 lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling. Beliau bergejala mulai 5 Mac 2020 & dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac 2020 selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini. 2. Kes ke-358 lelaki warga tempatan 60thn mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac 2020 setelah positif COVID19. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini. Kepada Orang ramai, tolong patuhi arahan yang telah dikeluarkan. Jangan keras kepala sana sini jalan. Sumber KKM

Punca Kanak-kanak mengalami Masalah Emosi.

Berdasarkan penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal BMJ ‘Archives of Disease in Childhood’, mendapati satu daripada lima bayi mengalami masalah tidur dalam tempoh 12 bulan pertama seperti kerap bangun atau kesukaran tidur. Bayi ini tiga kali lebih mungkin mengalami masalah emosi pada usia empat tahun, penyelidik mendapati. Kajian ini dilakukan membabitkan 1,500 bayi untuk tahun pertama kehidupan mereka - dengan ibu menjawab soal selidik tentang pola tidur bayi mereka pada usia tiga, enam, sembilan dan 12 bulan. Setiap bayi diberi skor bergantung kepada corak tidur mereka dan dimasukkan ke dalam salah satu daripada tiga kategori pada akhir tahun pertama mereka. Penyelidikan juga mendapati mereka yang mengalami masalah tidur yang berterusan dan teruk adalah 2.7 kali mungkin mengalami gejala atau masalah emosi apabila berusia empat tahun. Bayi apabila mencapai usia kanak-kanak pula akan berdepan kebarangkalian 2.4 kali masalah gangguan emosi ketika mereka berusia

Another Conspiracy Theory Coronavirus

Image
The Eyes of Darkness is a thriller   novel by American writer Dean Koontz's , released in 1981. The book focuses on a mother who sets out on a quest to find out if her son truly did die one year ago, or if he is still alive. Another conspiracy theory. Just how much does the disease detailed in Dean Koontz's novel The Eyes of Darkness line up with coronavirus? Overview A mother sends her son, on a camping trip with a leader who has led this trip into the mountains 16 times before without mishap; that is until this time. Every single camper and leader and driver die with no explanation. As the grieving mother who is the protagonist begins to accept the fact that her son, Danny, is dead she starts getting vicious bully-like attacks from nowhere saying he is not dead, such as writing on chalk boards, words from printers and other various 'signs'. Along with her new friend, Elliot Stryker, Christina Evans sets out to find out what could have possibly

A Quiet Place 2’ Release Postpone Due To Coronavirus Outbreak

Image
John Krasinski and Emily Blunt’s thriller “A Quiet Place Part II” has been delayed amid concerns around an escalating coronavirus pandemic. The film, which is released by  Paramount Pictures , was slated to roll out internationally on March 18, with a U.K. debut scheduled for March 19 and a North American release set for March 20. Paramount has not set a new release date for the film yet. “After much consideration, and in light of the ongoing and developing situation concerning coronavirus and restrictions on global travel and public gatherings,  Paramount Pictures  will be moving the worldwide release of ‘A Quiet Place Part II,'” the studio said in a statement Thursday. “We believe in and support the theatrical experience, and we look forward to bringing this film to audiences this year once we have a better understanding of the impact of this pandemic on the global theatrical marketplace.”

Tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2020

IKLAN BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH TAHUN 2020 Kerajaan Negeri Sabah mempelawa permohonan Biasiswa untuk mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana. Syarat utama permohonan ialah pemohon dan ibu bapanya hendaklah warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah; sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah, atau salah seorang daripada ibu bapa berasal dari Sabah. (A) BIDANG DAN PERINGKAT PENGAJIAN         1. Diploma di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT)            Aktuari Sains Perikanan            Juru Ukur Pertanian            Kejuruteraan Sains Tulen            Kesihatan dan Perusahaan Ternak Seni Bina (Architecture)            Maritim Teknologi Maklumat            Pengurusan Hartanah Ukur Bahan            Perakaunan      2. Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tempatan (IPT)           Aktuari Sains Pengurusan Hartanah           Ekonomi Perakaunan           Farmasi Pergigian           Kejuruteraan Perhutanan        

Gejala Infeksi Covid-19 dari hari ke hari.

Image
KENALI GEJALA INFEKSI COVID-19 DARI HARI KE HARI HARI 1-3 1. Gejalanya hamper sama dengan masuk angin. 2. Sakit kerongkong ringan, sedikit sakit. 3. Tidak demam, tidak lelah. Masih boleh makan dan minum secara normal. HARI KE-4 1. Sakit kerongkong sedikit, badan terasa mabuk. 2. Mulai suara serak. 3. Suhu badan sekitar 36.5 ⁰C. 4. Mulai gangguan pada tabiat pemakanan. 5. Sakit kepala ringan. 6. Diare atau gangguan percernaan ringan. HARI KE-5 1. Sakit kerongkong, suara serak. 2. Badan panas ringan. Suhu antara 36.5 -36.7 ⁰C 3. Badan lemah, terasa sakit sendi. HARI KE-6 1. Mula demam ringan sekitar 37 ⁰C. 2. Batuk dengan lender atau batuk kering. 3. Sakit kerongkong ketika makan, bercakap atau menelan. 4. Kelelahan, mual. 5. Sesekali sukar bernafas. 6. Jari sakit. 7. Diare dan boleh muntah. HARI KE-7 1. Demam lebih tinggi dari 37.4 – 37.8 ⁰C 2. Batuk lebih banyak dan berkahak. 3. Biasa badan dan sakit kepala. 4. Diare yang lebih teruk. 5. Munt