Hand Sanitizers Yang Tidak Diluluskan KKM

MAKLUMAN PRODUK YANG TIDAK DILULUSKAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)  – HAND SANITIZER BIDARA RUQYAH AL-AMIN AL-BAGHDADI

Orang awam dinasihatkan untuk TIDAK membeli dan menggunakan produk HAND SANITIZER BIDARA RUQYAH AL-AMIN AL-BAGHDADI yang didapati tidak diluluskan oleh  KKM. Semua produk hand sanitizer perlu dirujuk dengan KKM sebelum dipasarkan di Malaysia untuk memastikan ianya berkualiti dan selamat digunakan.

Penjualan produk tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi adalah merupakan satu kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Iklan produk dengan tuntutan perubatan tanpa kelulusan Lembaga Iklan Ubat merupakan satu perlanggaran di bawah Seksyen 4B, Akta Ubat (Iklan & Penjualan 1956).  Hukuman jika sabit kesalahan adalah denda sehingga RM 3,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali.

Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati semasa membeli produk hand sanitizer di pasaran. Semakan status produk boleh dibuat di laman web Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di pautan www.npra.gov.my.

Sumber: Program Perkhidmatan Farmasi KKM



Comments

Popular posts from this blog

China Menyalurkan Bantuan Kepada Malaysia

A Quiet Place 2’ Release Postpone Due To Coronavirus Outbreak