Lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini turut menjejaskan ‘periuk nasi’ penggiat seni tempatan, kata penyanyi, Black Hanifah. Mengaku rakyat pelbagai peringkat sama terjejas, Black atau nama sebenar, Mohd Hanifah Md Hanafiah berharap kerajaan tidak meminggirkan kumpulan penggiat seni dengan memberi bantuan khusus. “Saya berharap kerajaan dapat membantu kami, golongan selebriti tanah air yang selama ini banyak membantu negara. “Saya berharap kami diberi pertolongan seperti apa yang diperoleh orang awam supaya beban ditanggung dapat dikurangkan sedikit. “Kami juga perlu membayar bil dan menanggung perbelanjaan harian. Memang apa yang dipaparkan di media sosial tampak seperti kami berduit. Namun, apabila dalam situasi begini, kami tiada kerja untuk beroleh pendapatan. “Persembahan dan aktiviti seni semua dibatalkan atau ditunda. Seperti saya, pada bulan ini sahaja, program televisyen (TV), konsert dan pelbagai lagi, semuanya ditangguhk...