WASPADA IMPAK NEGATIF PERGERAKAN MERENTAS NEGERI TERHADAP SITUASI PENULARAN COVID-19

WASPADA IMPAK NEGATIF PERGERAKAN MERENTAS NEGERI TERHADAP SITUASI PENULARAN COVID-19

KKM khuatir melihat pengingkatan pergerakan dan perjalanan individu merentas negeri, terutamanya menjelang perayaan yang bakal tiba.

Seperti yang telah diumumkan oleh Yang Berhormat Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), pemeriksaan yang telah dijalankan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 15 Mei 2020 mendapati bahawa sebanyak 508 kenderaan telah cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung.

Jumlah ini telah meningkat pada 16 Mei 2020, iaitu kepada 1,248 kenderaan yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung. Mereka telah diarah berpatah balik oleh PDRM.

KKM menghargai usaha dan berterima kasih atas tindakan penguatkuasaan oleh pihak PDRM bagi memastikan pematuhan masyarakat kepada syarat-syarat PKPB terus kekal tinggi. Ini penting supaya orang ramai tidak menyalahgunakan kelonggaran yang telah diberikan oleh Kerajaan.

Sehingga 17 Mei 2020, sebanyak 971 kes positif COVID-19 (atau 14.1 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes COVID- 19 (6,894 kes) telah mempunyai sejarah merentas negeri.

Tambahan pula, sebanyak 18 kluster daripada jumlah keseluruhan 49 kluster yang pernah dicatatkan di Malaysia juga adalah berkaitan dengan aktiviti merentas negeri. Sepuluh (10) daripada kluster-kluster tersebut adalah masih aktif.

Kes-kes positif COVID-19 yang berkait rapat dengan aktiviti merentas negeri adalah amat membimbangkan, terutama sekiranya ia terus-menerus berlaku walaupun selepas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Masyarakat harus waspada semasa tempoh perayaan yang bakal tiba kerana ini mungkin menjadi pemangkin kepada penularan jangkitan COVID-19 ke kawasan-kawasan yang kini telah mencapai status Hijau.

Sidang Media Kementerian Kesihatan Malaysia YBhg Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
17 Mei 2020

Comments

Popular posts from this blog

China Menyalurkan Bantuan Kepada Malaysia

Gejala Infeksi Covid-19 dari hari ke hari.

Buasir dan Rawatan