Adakah anda Tahu?? (Hathor/Hut Heru)



Hathor atau juga dikenali sebagai Hut Heru, merupakan dewi keriangan dan langit dengan banyak peranan. Oleh kerana dia seorang dewi langit, Hathor ialah bonda dan juga isteri kepada Horus dan Ra. Kedua-dua dewa ini mempunyai peranan sebagai raja, jadi Hathor juga ialah bonda simbolik kepada para firaun. Hathor juga merupakan salah satu daripada empat dewi lain dalam jelmaan mata Ra (suatu jelmaan dengan semua sifat kewanitaan Ra), dan dalam jelmaan ini Hathor mempunyai sifat dendam demi mempertahankan Ra daripada musuh-musuhnya. Sifat pengasihnya pula menjadi dewi muzik, tari-menari, cinta, keghairahan dan keibuan, dan Hathor menjadi isteri kepada beberapa dewa dan ibu kepada anak-anak mereka. Dua sifat ini merupakan contoh terhadap sifat kewanitaan dalam budaya Mesir purba. Hathor juga dapat merentas antara alam tanah dan alam baqa, untuk membantu roh-roh si mati untuk tiba ke akhirat.
Hathor juga digambarkan dengan lembu, untuk melambangkan sifat lemah lembut dan firdausinya, tetapi biasa digambarkan sebagai seorang wanita dengan hiasan kepala bertanduk dua dan cakera suria di tengah. Kadang-kadang, dia juga digambarkan sebagai seekor singa betina, ular tedung atau pokok ara.
Dewi-dewi lembu seperti Hathor ada dilukis dalam seni Mesir dalam alaf ke-4 SM, tetapi Hathor mungkin juga belum wujud sehinggalah zaman Kerajaan Lama (lingkungan 2686–2181 SM). Dengan naungan pemerintah Kerajaan Lama, Hathor menjadi antara dewa-dewi terpenting Mesir. Dia mempunyai kuil penyembahan yang paling banyak, dan yang ternama ialah Kuil Denderah di Mesir Hulu. Dia juga disembah dalam kuil-kuil para suaminya. Orang Mesir juga mengaitkan Hathor sebagai dewi negeri asing seperti Nubia dan Kanaan dan juga barangan dagangan mereka, seperti Setanggi dan batu permata, dan orang-orang kerajaan asing ini pula menerima Hathor untuk disembah. Di Mesir, dialah antara para dewi yang biasa diseru dalam sembahyang bersendiri dan persembahan semah, biasanya oleh wanita yang inginkan anak.
Semasa zaman Kerajaan Baru (lingkungan 1550–1070 BC), dewi-dewi seperti Mut dan Isis mula mengambil alih kedudukan Hathor dalam ideologi diraja, namun masih lagi antara para dewa yang popular. Selepas berakhirnya Kerajaan Baru, Hathor mula dibayangi Isis, tetapi masih lagi disembah sehinggalah kepupusan agama Mesir Purba dalam awal zaman Masihi.

Comments

Popular posts from this blog

China Menyalurkan Bantuan Kepada Malaysia

Gejala Infeksi Covid-19 dari hari ke hari.

Buasir dan Rawatan