Jangan Curi-Curi balik kampung

Kepada mereka yang merancang untuk 'curi-curi' melakukan perjalanan merentas negeri untuk balik kampung, ini pesanan tulus ikhlas daripada KKM (rujuk infografik).

Bagi mereka yang mendapat kebenaran PDRM untuk merentas negeri, jangan alpa. Patuhi SOP demi keselamatan diri dan keluarga.

Larangan merentas negeri ini bukan mahu menyusahkan kita tapi untuk keselamatan dan kesihatan semua.

Kehidupan seharian kita tidak lagi sama seperti sebelum ini. Ini hakikat yang kita semua perlu terima.

Tradisi balik kampung untuk menyambut Aidilfitri setiap tahun yang telah menjadi sebahagian budaya masyarakat Malaysia tidak dapat diteruskan tahun ini.

Kita sedang berhadapan musuh senyap dan tidak kelihatan. Ini adalah realiti kehidupan yang kita perlu tempuhi sekarang. Tiada pilihan lain.

Patuhi nasihat dan bantuan yang telah diberikan kerajaan. Menjaga kesihatan diri adalah tanggungjawab diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

China Menyalurkan Bantuan Kepada Malaysia

Gejala Infeksi Covid-19 dari hari ke hari.

Buasir dan Rawatan