Buasir dan rawatannya. Antara malu dan mahu. Buasir merupakan masalah kesihatan yang agak biasa terjadi, namun disebabkan perasaan malu, penghidap buasir jarang menceritakannya. Apakah itu buasir? Buasir atau dikenali juga sebagai hemorrhoids terjadi apabila salur darah yang berdekatan dengan dubur menjadi bengkak. Buasir boleh diklasifikasikan kepada dua kategori bergantung kepada lokasinya iaitu buasir luaran atau buasir dalaman. Antara gejala buasir yang biasa dialami oleh pesakit adalah lendir yang mengalir daripada buasir, bengkak, gatal, berdarah atau sakit semasa membuang air besar, ketidakselesaan serta panas atau pedih pada dubur. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kejadian buasir. Pada awalnya, pengkaji merumuskan tabiat, sikap, adat, kehidupan sedentari dapat mempengaruhi kejadian buasir. Hasil kajian terkemudian mendapati kelemahan graviti pada dinding pembuluh darah, kehamilan, sembelit, duduk lama di dalam tandas, pengaruh genetik dan meneran semasa membu