Prinsip perlindungan data peribadi yang perlu anda ketahui.
Data peribadi bermaksud sebarang maklumat yang digunakan dalam transaksi komersial yang berhubung secara langsung atau tidak langsung dengan seseorang yang dikenal pasti daripada maklumat tersebut. Data tersebut boleh direkodkan sama ada secara manual atau elektronik meliputi perkara-perkara objektif dan juga subjektif tanpa mengira sumber maklumat itu diperolehi meliputi maklumat asas. Antara contoh “data peribadi” adalah seperti berikut: * Nama dan alamat * Nombor kad pengenalan * Nombor pasport * Maklumat kesihatan * E-mail * Gambar * Imej dalam rakaman litar tertutup (CCTV) * Maklumat dalam fail peribadi * Butiran akaun bank * Butiran kad kredit * Maklumat kesihatan (sensitif) contohnya, penjenisan darah, rekod atau huraian kesihatan sehinggalah ke maklumat-maklumat sensitif seperti kepercayaan politik, kepercayaan agama, keadaan fizikal atau mental atau apa-apa informasi lain yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) dari se...